Tuesday, 24 April 2012

HUJAN OH HUJAN !!


Pelik jugak situasi kat IPG Kampus Keningau ni ek, asal hujan jer pasti paip x da air...emmm...napa ek?....azeez still x da jwpnnye...

Berbeza sangat berbanding kat kampong azeez, time ujan ginila air banyak & melimpah ruah ke dalam tong bagai iklan Coco Crunch lagaknya (almaklumla kan, kampong kami x da bekalan air, so mesti tadah sendiri yer, jangan nak malas2)...

Kalau kat rumah, time hujan la time yg paling azeez tunggu...reasonnya?????
  • Azeez akan tolong tadah air, mmg kuyupla dibuatnya...
  • Azeez akan membersihkan air kotor dalam sampan...(mencabar daya tahan kardiovaskular jugak ni tau)
  • Pas selesai segala tugasan tadi, azeez akan mandi hujan...(punya la sejok, masyaALLAH)
  • Azeez akan ready di meja makan untuk menjamah favourite food time ujan iaitu “mang”, tu pun kalau ada orang yg sudi menangkap “mang” ni di sawah....emmm, mmg sedap la, azeez pun tak tau la nama saintifik untuk binatang ni....(apa yg penting shhh000dapp owkey)
  • Pas makan masuk bilik, ambil shelimuth, ambil bhanthal & READY TO SLEEP !!!!!

Itula rutin hari hujan Azeez di rumah but not at hostel ... kwang....

Monday, 23 April 2012

SELAMAT TINGGAL ENCIK "ASSIGNMENT".....SELAMAT DATANG ENCIK "EXAM"..


Hey, u....Akhirnya, malam ni barulah azeez berkesempatan nak buka blog balik..aiyoo..kasian o, ini blog......anyway ALHAMDULILLAH kerana Allah telah mempermudahkan segala urusan azeez sepanjang azeez “berperang” dengan tentera-tentera “assignment”...huh, penat juga owe !!

Cakap pasal encik “assignment” ni mmg mengujakan hati azeez jugak la, apasal ek....?
  • Firstly, encik “assignment” ni mmg mencabar kemampuan azeez dari segi pengurusan masa, keintelektualan (kunun), kesabaran dan “ke – ke” yang seangkatan dengannnya.

  • Secondly, encik “assignment” merubah azeez dari seorang kaki lepak di dorm orang kepada sorang yang sangat cinta akan kerusi di bilik sendiri..huahuahua!!

  • Thirdly, encik “assignment” merubah azeez yang suka akan kekemasan (kemas ler sangat) menjadi  cinta akan kesemakan...oh no!! Buktinya .......

segalanya berterabur entah ke mana, yg penting assignment syiap !!

Kesimpulannya, encik “assignment banyak memberi nafas baru yang positif and negative dlm diri azeez. Apa2 pun, azeez redha...huahua...kerana redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah (trip “ombak rindu”)

Lupa nak gtau something, seperti kebiasaannya apabila encik “assignment” sudah ditempur dengan jayanya maka encik “exam” akan merempuh untuk membalas pemergian sahabat baiknya, so beready ya azeez!..do ur best..

Cukupla dulukan entri azeez untuk malam ni, insyaAllah pasni hupdate lagi ek...assalam!!